Monday, November 12, 2012

Papaya Tower



yEAAhhhhh...
Cubaan pertama untuk Buah betik.
Nah "Papaya Tower" a.k.a "menara Betik"
hehehehe

Time ni, Buat sambil menonton rancangan MasterChef 2 tu...
nak tengok Chef Adu..My Fav Chef
oppsss jgn marah
Just my Idol jerk..
hihii

Mode: Hampir menjadi & Cuba Lagi
-Azueerakasim-

Labu Air - 2 Burung Bercinta




Tarrrraaaaaaaa................
yang ni pulak,cubaan kedua.. Buat Burung dari Buah labu Air.. Pun sama jugak belajar dari Youtube. tapi taklah secantik di youtube. Apapun bagi aku satu cubaan yang "separuh menjadi" sikit lagi...nak menjadi.. aha, jangan give up. cuba lagi zura...Goo Gooo Gooo. Chayok (Sambil buat tangan)...hehe
Mode: Masih tak puas hati
Azueerakasim

Fruit Carving- Pertama Kali



First time carving after study "cuba-cuba"
 
Yang ni, carving yang tiada halatuju, sekadar suka-suka. takada tujuan dan harapan. Buat pun antara nak tak nak. Antara yakin dan tidak. Tapi tak apa yang penting kita MENCUBA....jangan tidak..
Masa ni pun pisau hanya ada 4 termasuk dalam gambar ni. Melon scop.. harga murah je RM3 lebih beli di pasaraya di permaisuri. Cheras.
Aku rasa, kalau chef tengok ini hasil kerja aku mesti dia "malu"...malu nak mengaku yang aku ni ex student dia. tak lah seteruk tapi kureng serba serbi..dari rupa apatah lagi seni..
Tapi tak apa, ni guna buah apple yang dah lama. x fresh.
Saja nak test pisau, sekurang-kurangnya aku dapat tahulah, macam mana nak gunakan dia.
(Maklumlah, aku bukan lulusan katering mahupun kulinari)
tapi tak apa...tiada yang lahir terus berlari, tiada yang lahir yang terus mengenal ABC...
Yang penting belajar, jatuh , tak cantik tak apa
yang penting Kelemahan bakal menghasilkan Kekuatan
kita tengok nanti
~~~ Wait & See ~~~

.Azueerakasim.

Sunday, September 9, 2012

Something New -Fruit Carving


 Cari bakat dalam diri pasti akan jumpa yang "tersembunyi" (azueerakasim)


Yehooo.... Tak Percaya?? admin lagi TAK PERCAYA :)
Betul, admin tak tahu yang admin ada bakat dalam seni ukiran buah. Pengalaman pertama dalam hidup. Orang kata selagi tak melangkah kita tak akan tahu arah.
Seingat admin, admin mula berjinak-jinak dalam bidang ni pada pertengahan tahun lepas.
Masa tu public holiday tp tak ingat cuti apa (soryy....faktor usia)...admin menuntut ilmu ni dari seorang chef di Bangi. Seharian jugak belajar di rumah chef mizan. dan inilah hasilnya.
Malu nak tunjuk..sebab hasil yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan student-student yang jauh lebih hebat dari admin.
Walau bagaimanapun admin bangga sekurang-kurangnya admin tahu admin juga boleh mengukir.
Lagi-lagi admin ada sahabat dari kedah yang minat sangat hobi ni, kalau berborak mesti tanya "dah carving ke.....x mngukir ke??? hahaa....
kadang-kadang dah boleh agak soalan dia, tapi admin kagum dengan dia "Yusamrisyam" ni ,sebab admin nampak kesungguhan dia. Minat dia betul-betul terserlah dari seni ukiran yang dia buat.
PERFECT....ukiran ikhlas dari hati....
100 markah untuk kamu Sahabat.
Daripada hobi ini jugalah, admin dapat banyak kawan. Dan jangan terkejut bila admin kata rata-rata kawan admin dalam bidang ni semua lelaki..Opsss!! mana kaum-kaum admin.
Sedih tak ada kawan "perempuan" nak bercerita & share tentang seni ukiran buah ni.
SERIUS admin cakap, hobi ini sangat-sangat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
(Admin berusaha mencari kesabaran itu)
Apapun, admin bukan suka-suka. Masih ada lagi impian admin belum tercapai.
So, untuk mencapai matlamat dan impian admin, bagi kawan-kawan admin yang rapat tunggu lah majlis bersejarah kawan admin nanti admin nak sponser ukiran buah untuk meja pengantin dia nanti.
Hari bersejarah bagi dia, Pengalaman Bermakna bagi saya (admin).

Pesan terakhir dari Admin
Ingat!! Kita tidak "kosong" ketika lahir ke dunia
........................................
............................

Belajar untuk memberi walaupun tiada

.................................................... .............................. Saat orang yang kamu sayang mahukan...