Sunday, September 9, 2012

Something New -Fruit Carving


 Cari bakat dalam diri pasti akan jumpa yang "tersembunyi" (azueerakasim)


Yehooo.... Tak Percaya?? admin lagi TAK PERCAYA :)
Betul, admin tak tahu yang admin ada bakat dalam seni ukiran buah. Pengalaman pertama dalam hidup. Orang kata selagi tak melangkah kita tak akan tahu arah.
Seingat admin, admin mula berjinak-jinak dalam bidang ni pada pertengahan tahun lepas.
Masa tu public holiday tp tak ingat cuti apa (soryy....faktor usia)...admin menuntut ilmu ni dari seorang chef di Bangi. Seharian jugak belajar di rumah chef mizan. dan inilah hasilnya.
Malu nak tunjuk..sebab hasil yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan student-student yang jauh lebih hebat dari admin.
Walau bagaimanapun admin bangga sekurang-kurangnya admin tahu admin juga boleh mengukir.
Lagi-lagi admin ada sahabat dari kedah yang minat sangat hobi ni, kalau berborak mesti tanya "dah carving ke.....x mngukir ke??? hahaa....
kadang-kadang dah boleh agak soalan dia, tapi admin kagum dengan dia "Yusamrisyam" ni ,sebab admin nampak kesungguhan dia. Minat dia betul-betul terserlah dari seni ukiran yang dia buat.
PERFECT....ukiran ikhlas dari hati....
100 markah untuk kamu Sahabat.
Daripada hobi ini jugalah, admin dapat banyak kawan. Dan jangan terkejut bila admin kata rata-rata kawan admin dalam bidang ni semua lelaki..Opsss!! mana kaum-kaum admin.
Sedih tak ada kawan "perempuan" nak bercerita & share tentang seni ukiran buah ni.
SERIUS admin cakap, hobi ini sangat-sangat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
(Admin berusaha mencari kesabaran itu)
Apapun, admin bukan suka-suka. Masih ada lagi impian admin belum tercapai.
So, untuk mencapai matlamat dan impian admin, bagi kawan-kawan admin yang rapat tunggu lah majlis bersejarah kawan admin nanti admin nak sponser ukiran buah untuk meja pengantin dia nanti.
Hari bersejarah bagi dia, Pengalaman Bermakna bagi saya (admin).

Pesan terakhir dari Admin
Ingat!! Kita tidak "kosong" ketika lahir ke dunia
........................................
............................

Belajar untuk memberi walaupun tiada

.................................................... .............................. Saat orang yang kamu sayang mahukan...