Monday, April 29, 2013

Mei & Jun 2013: Wedding Preparation


Wedding Preparation!!!!

Lepas terima  50% Deposit untuk function ni everything dah jadi confirm!!
Start..
Mei  & Jun masa utk "menyibukkan diri"  untuk pastikan evrything A to Z sekurangnya (70 % ) dah complete sebelum hari majlis. Huhu...terasa macam preparation untuk majlis kahwin sendiri pulak. I'Allah mana tahu dapat handle untuk kenduri sendiri nanti.. wauu!!!! untungg...untung.. dpt wat sendiri :) hehe


Sambil2 Belek-belek diari, banyak nak kena buat ni..

Function :
Amir & Azlina  :
25 Mei- Masjid Terapung Puchong Indah, Puchong Selangor
Amir & Azlina  :
01 Jun - Dewan Pasukan Gerakan Udara, Sg Besi
Ella :
23 Jun - Alam Damai (Majlis Pertunangan)

Check List preparation:
~~ susun atur dewan
~~ meja makan beradap
~~ senarai menu makan beradap
~~menu untuk para tetamu
~~pelayan vip
~~tema majlis

Adoiiii....poning kpala den!!!!

Tapi xpe, Hari ni dekat ofis, sambil duduk2 dpt jugak siapkan lakaran kasar untuk susun atur dewan di Puchong nanti .

Apapun, tak ada apa yang diharapkan melainkan
semua nya  berjalan dengan lacar
dengan pertolongan dan  izin dari-NYA..
Insya-ALLAH

"YA-ALLAH, BANTU KAMI
MELANCARKAN URUSAN KAMI...
BANTU KAMI MELANCARKAN URUSAN MEREKA
YANG BERURUSAN DENGAN KAMI,
DAN BANTU KAMI MEMBANTU MEREKA
UNTUK MELANCARKAN URUSAN MEREKA... "
                                                         (~Ibnu Mussal~)


p/s:
Aminnnn......TQVM
.




Thursday, April 18, 2013

Cerita Couple yg Shomell



** nak share satu cerita couple yang "shomell sgt"
(Sumber: Facebook Bercinta Selepas Nikah)

i Like... like..like..sgt2..hihi :)

GELAGAT ORANG MUDA BARU KAWIN
Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mam...at nih.

Entah dari mana la datangnya.

Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la.

Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami.

Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku.

Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku.

Haihhh… memang sakit hati.

Baju baru kot, mahal lagi!!!

Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna.

Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…”

Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping.

Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan.

Lepas tu nak jadikan cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh.

Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul!

Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je.

Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!!

Huhh. Memang sakit hati betul!!

Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana?

Kenapa call tak angkat??!!

Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang…

Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa handset… hehe..

” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.

Ok fine. Aku masak je.

Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan.

Aku hidang bagi dia makan.

Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa.

Tapi dia diam.

Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan.

Habis makan pun tak kata apa.

Aku pun confius.

Dia ni takde respons. Sedap ke tak??

Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah.

Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..

Huhhh….. Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal.

Tak boleh start. Panik gak la aku time tu.

Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh…

Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.

Then, aku call dia.

Yang aku tak boleh tahan tu....

Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan ke??….

” Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu.

Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh.

Dan lepas start terus boleh…

Hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas.

Dia kata pergi sekejap je.

2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah.

Dia nak pi buat keja dia.

Takkan nak kata tak boleh kot.

Kerja arkitek biasalah. Busy la kot.

Tapi memang agak sakit hati jugak lah.

Boleh dia lesap macam tu je.

Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke.

Tapi memang hampeh!!.

Langsung dia tak call!!

Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de.

Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju.

Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna.

Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh.

Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu.

Jeng Jeng Jeng.......

Huishh siap dengan surat lagi.

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku yang tersayang...

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Jangan marah-marah ek.. hehe..

Saya bukannya apa, saja tulih surat nih..

Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi

Pertama sekali saya nak bagi tau lah.

Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak.

Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..

Eh...awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!!

Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha…

Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’.

Comel sangat… Iskk..

Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.

Memang saja je saya tak mau bawa handset time tuh… hihi..

Takut terkantoi.

Ye la saya pi cari baju awak kot!!

Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh??

Huh… memang tension.

Susah betul nak cari.

Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm…

Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu…

Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot.

Ikut jam dinding kat rumah kita.

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya time keta awak rosak… hmm.

Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!!

Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik.

Tau tak saya langgar semua traffic light merah!!

Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas.

Saya lagi seronok.

Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2??

Saya memang saja je tak call awak…hihi…

Tapi saya ok je.

Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least.

Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

Love,

Suamimu.......

Alolo Sweetnyer....


....Tak Macho xper....

** Janji Ambil Berat  **
** Penyanyang **
** Tahu Menghargai **
** Penyabar **
** Saling Berkomunikasi w/pun untuk hal2 yg kecil **
(tanya khabar/kesihatan/dll)
p/s:

!!!...INI ADALAH FAKTA..!!!
(setiap lelaki kena tahu)

Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah
 melakukan perkara-perkara BESAR saja
TETAPI 
sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah
bila lelaki melakukan hal-hal KECIL
untuk membantunya dan menunjukkan yang
 anda ambil berat padanya


...alo comel2...
(sambil cubit pipi)
hehehehe :)



Monday, April 8, 2013

HATI YANG PALING INDAH

(klik sini) --->> Mencari dan terus mencari cinta ILAHI: HATI YANG PALING INDAH: Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu. CINTA 100%....

p/s:
cukup terkesan membaca segala entry dari penulis blog, Ustazah Noraslina binti Jusin yang juga seorang ustazah dan isteri kepada seorang Ustaz, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

"walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti."

kadang kala rasa bagai diri ini seperti sampah bila diri ini dilupakan dalam sesaat sahaja..
kadang kala dalam persahabatan yg telah lama dibina berkecai hancur krn buruk sangka dan tuduhan yg melulu...

kita semua manusia biasa yg tak dapat melihat hati orang lain, tapi kita masih mampu merubah diri sndiri

Thursday, April 4, 2013

Saat Ini..


INGATLAH
Disaat kamu ingin melepaskan seseorang.. Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya... Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta pdnya
Disaat kamu mulai bosan... ingatlah selalu saat terindah bersamanya
 •Disaat kamu ingin menduakan... bayangkan jika dia selalu setia
Disaat kamu ingin berbohong..  ingatlah saat dia jujur padamu

•Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tdk disisimu, baru kamu sadari:
•Yg indah hanya sementara
•Yg abadi adalah kenangan
•Yg ikhlas hanya dari hati
•Yg tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yg hilang
•Tidak mudah mengejar impian

•Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada meski sdh tergenggam bisa lepas juga

•Ingatlah pd pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,
maka
 sukailah apa yg kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya & berpikir (+)
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun di garis akhir semua sirna tak berbekas
•Rumah mewah bak istana, harta benda tak terhitung, kedudukan, & jabatan yg luar biasa,... Ketika nafas terakhir berhembus, sebatang jarum / seutas benangpun tak bisa dibawa

Apalagi yang mau diperebutkan/
disombongkan
•Jalani hidup dgn nurani yg murni
•Jgn terlalu perhitungan
•Jgn hanya mau menang sendiri
•Jgn suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yg lemah
•Belajarlah tiada hari tnp kasih
•Selalu mengalah
•Hiduplah dgn sukacita...
•Tak ada yg tak bisa diikhlaskan
•Tak ada sakit hati yg tak bisa di maafkan

                                                           
p/s
hidup ini mudah kalau kita yang memudahkan, dan jadi susah kalau kita yang susahkan
pilihan di tangan kita

Jangan bagi ALASAN...usaha untuk cari JALAN

DOA ---------> USAHA -----> TAWAKAL
(Sesungguhnya Hidupku, Matiku hanya untuk ALLAH)

:: saya masih banyak kekurangan dalam diri, dan saya masih berusaha untuk memperbaiki diri dari seluruh aspek untuk menjadi yang lebih baik::
moga dipermudahkan segala urusan
INSYA'ALLAH

~~~ P.E.a.C.E ~~~


Belajar untuk memberi walaupun tiada

.................................................... .............................. Saat orang yang kamu sayang mahukan...