Sunday, May 26, 2013

Alhamdulillah Syukur




Assalamualaikum/Salam sejahtera
Alhamdulillah syukur atas rezeki dan pengalaman pertama yang cukup bermakna ini.
Majlis Kahwin: 25/05/2013
Lokasi: Puchong Perdana


Pengalaman dalam hidup yang cukup manis dan permulaan langkah dalam kerjaya yang penuh mencabar ini.
Terima Kasih
yang tak terhingga buat Bonda Tersayang serta Kakak yang menjadi pendorong dan tulang belakang yang sentiasa bersama-sama dalam apa jua kejayaan. Kita bertiga dan bersama dalam susah, kita bersama dalam senang. Jatuh bangun kita hanya kita yang rasa.
Kita dapat buktikan hari ini
Kita juga mampu mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup ini
dengan syarat kuatkan semangat dalam apa jua keadaan kita & jangan putus asa.


My dearest sister
Me


Insya'Allah Mak
adik & kakak akan tolong mak dan buat sehabis baik untuk kita.
Terima kasih mak. atas doa dan harapan mak yang tinggi untuk kedua-dua anak perempuan mak.
Tanpa Doa Mak, Tanpa kata-kata semangat dari mak yang tak pernah putus-putus
membuatkan kami bersemangat untuk lakukan apa yang kami lakukan sekarang.

Alhamdulillah Mak..
Kepenatan mak sejak seminggu tak cukup rehat, tak cukup tido
kami balas dengan menjayakan majlis ini dengan sempurna dan berjaya.

            My Staff "shahrul"



Terima kasih dan syukur Kami panjatkan pada-MU Ya-ALLAH
kerana telah memudahkan urusan kami.

Tiada apa yang dapat kami gambarkan dengan kejayaan ini.
segala puji dan sanjungan
selayaknya untuk MU
Ya-ALLAH YA RABB

~~~ALHAMDULILLAH~~


Makan beradap special decorate by my mom & my sis
Meja Makan Beradap tema "Pink & Purple"
                         

  Just Nak Sharing gambar
malam persiapan akhir "sebelum majlis"
nampak x dlm gambar atas ni client tgh tengok
& tunggu time tengah wat keje.
   huhu....ada mando tu..
:)

     ikat jangan x ikat


                   TERIMA KASIH BANYAK BUAT YANG TERSAYANG ( MY MOM & SIS)
                                                 Yang Pipih tak akan datang Melayang,
                                                 Yang bulat tak akan datang bergolek
                                                      THANKS FOR EVRYTHING
                                ~~muahhhhhhhh the big hug & smile special for my dearest love~~


                                                                   -azueerakasim-
                                                                           (*-*)

Monday, May 13, 2013

Nilai sebuah Kebahagiaan










Saturday, May 11, 2013

Bila Hati ini Menangis..



Ini bukan soal SENSITIF...Ini soal HATI..
Mengapa aku ...terlalu menyanyangi & menghargai
sehingga kan aku dilayan seperti Manusia yang tidak punya hati..


Ya-Allah..Ya Rahim (Ya Allah yang punya sifat Kasih & Penyanyang)
Kuatkan Semangat aku, Jadikan Air Mata yg mengalir  ini Kekuatan
Titisan nya pengajaran



MODE : Sedih
  Kesat Air mata sendiri..
(Bila hati ini menangis)






Wednesday, May 8, 2013

Biarlah Ini Cinta Terakhirku-Doa Buat Kekasih





Bismillahirrahmaanirrahiim,,,
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh...


Untukmu yang jauh disana..
Ku harap kau slalu menjaga hatimu..
Seperti disini aku menjaga hatiku..

Semoga cintamu pada_NYA menjagamu dari angin2 keburukan

 yang mampu membuatmu lalai akan perintah_NYA..

Jika aku disini menanti, ku harap kau disana menjaga..
Jika aku disini berdo’a, ku harap kau disana setia..

Aku tak berharap di pertemukan denganmu..
Tapi aku meminta dipersatukan dalam cinta_NYA..

Aku tak berharap kesempurnaanmu..
Kerana aku ingin melengkapinya dengan kekuranganku..

YA RABBANAA..
Satukan kami dalam naungan cinta_MU..
Dan cintakan kami pada kebaikan..
Agar cinta kami dapat menyatu menjadi kebaikan..

YA RABBANAA..
Satukan kekurangan kami dalam Ridha_MU..
Agar kekurangan itu dapat melebur menjadi kesempurnaan..

YA RABBANAA..
Yang kami inginkan hanyalah kesempurnaan cinta_MU..
Karena hanya begitulah tidak akan ada rasa terluka dan kecewa pada akhirnya..

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Tuesday, May 7, 2013

Renungan Bersama


Assalamualaikum/Salam sejatera
Sedikit Perkongsian berkenaan apa yang dibaca pagi tadi.
Jika tak banyak, sekurang-kurangnya kita mendapat manfaat daripadanya.
..........................................

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari.

Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.

Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

Percayailah cinta pandang pertama.

Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa...

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

Berpeganglah kepada tiga R:
Rasa hormat pada diri sendiri;
Rasa hormat kepada orang lain;
Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,
usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon... Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Wednesday, May 1, 2013

Erti Hidup : Jatuh Bangun


Hampir aku terlupa. APRIL yang berlalu genap 3 tahun perniagaan yang diusahakan masih berdiri. APRIL bulan keramat dan penuh erti buat diri aku secara peribadi. kisah mencari & membina sebuah kerjaya.
JATUH BANGUN- KETAWA & AIR MATA

"Disaat kita SENANG orang kenal siapa kita,
 disaat kita SUSAH kita akan kenal siapa kawan kita"

Peristiwa yag aku tak akan lupa sampai bila-bila dimana saat caci maki, hinaan dan sindiran menjadi makanan rutin setiap hari.

Saat hati berkata " INGIN ",
namun ALLAH berkata " TUNGGU ".

Saat AIR MATA harus menitis,
namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ",
namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".


Aku cuba berdiri dengan kaki sendiri, aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku tak sanggup dikecewa buat kali kedua...oleh insan yang paling rapat dengan aku. Dulu cacian,makian segalanya aku terima. Air mata teman setia. Hanya Allah yang tahu saat dan ketika itu. Walaupun hati menangis namun raut wajah masih tersenyum. Bukan HIPOKRIT tapi itulah dunia.

"..,KITA MENANGIS , DI SAAT ORANG LAIN KETAWA...."

Tiada apa yang pelik dalam dunia ini. jika ingin mengenal dunia lihatlah orang-orang yang belegar di dalamnya.

"DUNIA HANYA AKAN MENGHARGAI DAN MENYANJUNGI KAMU DISAAT KAMU SUDAH TIADA..."

Dari zaman sekolah, aku dididik untuk "berniaga"..walaupun hanya menjual nasi lemak. dengan upah RM5 sebagai simpanan. Saat paling mengembirakan dengan duit simpanan hasil jualan n.lemak dapat beli jam dan beg sekolah pada dan ketika itu .seronok sangat masa tu berbelanja guna duit sendiri.

Buat apa nak malu, Orang Melayu kebanyakkan asalnya adalah "susah" namun malu untuk berusaha walaupun hanya untuk berniaga. Orang melayu hanya berharap pada pemberiaan orang lain yang tidak seberapa.

Banyak lagi sebenarnya cerita jatuh bangun yang aku lalui. Tak semua yang kita lalui harus dikongsi. Namun biarlah aku simpan rapi dalam memori sebagai motivasi diri.

Masing-masing ada peranan dalam diri, ada watak yang telah diberi. terpulanglah andai kita nak jadi insan yang hanya tahu mencaci maki atau insan yang tahu menghargai setiap detik yang diberi.

hidup ini hanya sementara, bukan kita berusaha hanya untuk mengejar dunia..tapi menyiapkan bekalan untuk kita teruskan hidup ini dengan usaha sendiri tanpa harus meminta-minta.

BIAR NAMPAK SUSAH, ASAL KITA TAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN
DUNIA BUKAN TEMPAT MENCARI PUJIAN DAN SANJUNGAN..KALAU ADA PUN TAK LEBIH DARI KEPURA-PURAAN...

Dalam hati aku tutupkan perasaan, pejamkan mata...... aku terus lelap untuk menanti hari esok. I'Allah itupun andai esok masih ada..jika hari ini adalah sisanya..

Aku ingin berterima kasih pada insan yang melemparkan cacian dan hinaan
tanpa cacian dan hinaan itu aku tak akan kenal "erti kehidupan"

Terima Kasih cabaran
Terima Kasih Ujian
Terima Kasih Dugaan

Hidup dengan 2 pilihan:-
Bersenang lenang atau bersusah payah

Dengan tangisan dan ketawa, aku membesar dan menggenapkan umur.
Malah semua manusia begitu.

Tetapi adakah dengan tangisan dan ketawa ia boleh membawa kita kedalam pentas lakonan dengan sempurna.. Ruang fikiran aku masih terfikir apa lagi yang aku harus persembahkan agar pentas lakonan ini lebih menarik dan indah...??

Yang pasti hingga kini aku belum tahu kerana Yang aku lakonkan begini, yang jadinya, begitu...
(Kita manusia yang tak lari dari sebuah perancangan)


Selalu pesan kat diri sendiri:-
tak mengapa kalau orang memperkecilkan apa yg kita lakukan..
tak mengapa kalau kita dicaci maki
tak mengapa kalau orang disekeliling tak faham kita...

Sebab
kita bukan nak harapkan penghargaan mereka,
ALLAH tu kan ADA & SENTIASA BERSAMA...
~~Just Senyum..xperlu kata apa2...

p/s: - BERUSAHA LEBIH atau HANYA DUDUK MENGHARAPKAN SESUATU PERKARA adalah dua perkara yang berbeza.





Fakta: Tentang Perempuan



"PEREMPUAN tidak suka dirinya DIBANDING-BANDINGKAN dengan perempuan lain"

Jika TIDAK MAMPU untuk MEMUJI nya, Jangan sekali-kali memperkecil-kecilkan apa yang dilakukan, walaupun sekadar gurauan...perempuan akan ingat kata-kata tersebut.
Mungkin Gurauan bagi anda, tapi satu penghinaan bagi diri mereka.

Perempuan tidak minta sanjungan mahupun penghargaan
cukuplah baginya "perhatian..

Perempuan kurang suka sikap lelaki yang tidak matang dalam sesuatu tindakan

Perempuan suka kan lelaki yang banyak bercerita dan selalu membuatnya ketawa.

Bila perempuan mengambil sikap "berdiam diri"
Ada sesuatu yang tidak kena....
Jika Anda masih mengambil sikap sambil lewa
Perempuan akan beranggapan bahawa anda adalah lelaki yang "hati kering & kurang prihatin"

Untuk menyayangi seorang Perempuan itu bukan PAYAH...
Tiada istilah SUSAH...
Percayalah,

Jika 100%  Anda menjaga hatinya
PEREMPUAN akan 200%
menghargai dan menyayangi anda
lebih dari nyawanya sendiri.









Belajar untuk memberi walaupun tiada

.................................................... .............................. Saat orang yang kamu sayang mahukan...