Saturday, September 27, 2014

Parut Cinta lama


"Perempuan diuji sewaktu lelaki tiada apa2...Lelaki diuji sewaktu dia ada segalanya...."

Tiada niat nak mengaibkan sesiapa tapi sekadar bekongsi kisah "cinta" yang dibalas tuba.

Aku kenal dia..dia masih study di CIDB. Org nye biasa2. Pada awalnye semua nampak indah. ingat lagi masa hujung minggu bila tiada apa2 aktiviti aku akan ikut dia balik ke kampung dia di negeri sembilan.

Kali pertama bertemu mak dia memang buat aku rasa terharu. dilayan bagai keluarga. masa kali pertama datang kampung aku suka sangat tengok keadaan sekitar kampung ada sawah padi. tenang... memang jiwa aku ingin jadi "org kg"..

pertama kali datang aku ingat lagi,aku sama2 dgn mak dia yg aku sapa 'makcik bual2 dekat dapur. aku siap boleh tlg perah kelapa lagi masa tu nak masak sama2.. ingat lagi lauk pertama makan tengahari aku dgn family dia ayam masak lemak kuning cili api..

masa masak, mak dia banyak kali tanya aku..makan pedas ke tidak.. dia takut aku tak makan pedas...

layanan mak dia mmg baik. boleh aku kata terbaik.. satu family dia mmg baik. ayah, abg, kakak & adik2 dia semua baik.

kalau aku di kl..mak dia di kg mesti mak dia akan sms tanya khabar aku, kadang2 aku call berbual bersama..

yang aku tak boleh lupa. soalan mak dia pernah tanya aku " berapa hantaran aku, kalau dia nak masuk minang. mahal ke?? aku tak nak kecilkan hati dia, aku hanya senyum dan aku jawab dgn spontan tak apa makcik, sy tunggu M habis belajar dulu..nnti dia dah kerja senang la.. aku tak nak nak susahkan hati org tua. yelah, anak masih belajar.. mak kat kampung sibuk fikirkan masa depan anak dia.. tak apa makcik insha allah kalau jodoh tak kemana.

bila M dah nak habis belajar dia minta aku tolong buatkan resume..
masa tu aku di pejabat dia di rumah. dia bagi details melalui whatsapps dan aku buatkn resume. melalui details peribadi yang dia bagi..

Siap resume. aku buatkan 3 salinan. Doa aku sama macam doa mak dia moga2  dia dapat kerja.

Alhamdulillah... lepas temuduga di tempat belajar.. mungkin memang rezeki dia. Dia dpt kerja di Damansara sbg Technician.. Aku gembira sangat bila dia dapat kerja tu.

Aku ingat lagi janji dia nanti kalau dia dapat kerja ni  kami akan pergi kursus kahwin sama2.. dan masih terngiang ngiang kat telinga ni kata2 dia.. nanti tiap2 bulan dia akan belikan aku satu tudung bawal. katanya suka tengok aku bila pakai tudung bawal...
(aku hanya senyum je waktu tu, sbb aku pun boleh beli tudung bawal tu dgn duit gaji aku sebenarnya.. hihi)
aku tak kisah pun. kalau org bagi apa aku akan hargai sangat2. yg penting ikhlas memberi.


tapi...
semua tinggal janji.. janji "tudung bawal" tu pun tah kemana. aku tak lah mengharap sangat apa yang dijanji tu. cuma rasa terkilan yang teramat sangat bila semakin hari kami jadi semakin jauh. sejak dia dah mula bekerja.

tiada lagi salam utk bertanya khabar berita. tiada lagi masa untuk keluar berdua walaupun utk makan rojak, ratah ayam goreng berempah dan hirup cendol sama2 dekat sebelah tasik permaisuri...
(sbb dahulu ni aktiviti petang kami bila aku balik kerja dan dia habis kelas)
boleh kata mamak rojak jadi saksi cinta kami dulu....

makin hari..makin jauh.. langsung dia tak cuba hubungi aku. sehingga yang buat aku terkilan bila dia "unfrend" aku di fb...
sangat drastik tindakan dia..

dari gerak dan tingkah laku dia aku dapat tahu yang mungkin dia tak berminat lagi teruskan hubungan ni..

kursus kahwin + pertunangan hanya tinggal perancangan semata- mata.

Dari sini aku cuba untuk kuat.. cari balik semangat. anggap je semua yang aku lakukan sblm ni jika yg baik aku anggep jr sebagai sedekah untuk tlg org yg memerlukan dulu...

Tentang apa yang dia buat pada aku aku serahkan pada yang satu. Hanya dia yang lebih tahu..

sekurang kurangnya aku tumpang bahagia bila dia dah ada kerja & kerjaya sendiri..

Kisah cinta kami berakhir cukup sekadar disini..berakhir sbg kenangan. Apapun pengajaran nya ...buat baik meskipun tak dibalas baik tapi yakinlah akan ada sesuatu yang baik untuk kita..

Percaya pada itu sahaja.
kerana
JODOH itu kerja DIA
JODOH itu terlalu RAHSIA untuk kita.
kalau tak ada JODOH kat dunia
mungkin...mungkin JODOH
aku kat akhirat sana.
siapa tahu??
kannn


Biarkan "cinta semalam" tinggal parut dihati.
Kini
mampu tersenyum je bila sesekali terkenang cinta lama.
C.IN.TA kenangan SILAM










Tuesday, September 23, 2014

Sireh pulang ke "ganggang" (P.A.R.T 2)








Sepanjang lama jugak menghilang ni lah salah satunye aktiviti yang aku terlibat secara langsung. Yg ni masa masa majlis meraikan Datin Sri yang nak bersara. Banyak gak yang kebetulan masa aktiviti ni. 
K.E.B.E.T.U.L.AN N.Y.A
……………
Ni la kali pertama aku MakeUp
......
Ni la kali pertama aku join tarian 
Dan 
Kerana kebetulan2 kat atas ni la aku lupa step tarian masa menari.
hahahaha
Mungkin jugak boleh jadi kebetulan 
sapa nak cari penari carilah aku
hahaha..hancusss la.
Apapun ni pengalaman pertama menari tarian tradisional buat orang yang
 "keras macam kayu" ni..
apapun BESTtttt & E.N.J.OY
[ 10 JUN 2014 ]




Sireh pulang ke 'ganggang'

Assalamualaikum/ Salam sejahtera semua...

Rinduuuuuuuu....

Lama nye tak update blog ni. Tak tahu nak posting apa. Hari ni pun dah 24Sept kn.. pejam celik,pejam celik dah nak berakhir 2014.

Lama tak bercerita. 2014 ni aku boleh panggi tahun "kerjaya dan cinta'... tapi lebih pada kerjaya la. cinta ni aku tak berani nak bagi sepenuh jiwa aku. bagi aku kerjaya 80% cinta cukuplah 20%...

maybe aku belum berani letakkan diri aku "100% pada cinta"

maaf ye...kecian C.I.N.T.A aku kan. (maybe serik kot..eh yeke..xlah..seriau je) hihihi...

Kerjaya tetap No 1. Raja hati aku.

Ni la keje aku.. sepanjang tahun 2014 ni



Belajar untuk memberi walaupun tiada

.................................................... .............................. Saat orang yang kamu sayang mahukan...