Thursday, October 9, 2014

Malam cinta Rasul



Assalamualaikum...
Hari ni just nak  share aktiviti hujung minggu nanti. jomlah sapa yang free nanti kita jumpa kat sana.

Insha Allah hope tak ada apa- apa yang menghalang.
pengalaman join majlis ilmu macam ni  sangat menarik.
Terima kasih sebab diberi peluang untuk hadir majlis macam ni.

Dikelilingi dengan ahli-ahli agama, budak budak kecil yang comel2. budak budak kecil yang berjubah. Jiwa tenang dengan majlis macam ni.

Rasa diri ini kerdil sangat bersama para ahli syurga yg comei2 ni.. Aku wanita biasa yang masih cetek ilmu didada yang masih kurang segalanya. yang sedang belajar...belajar untuk menjadi seseorang yang lebih baik.

Aku masih tak layak..
tak layak untuk ke syurga Nya
tapi aku tak sanggup utk
ke nerakanya..
Terima kasih Allah
dekatkan aku dengan sahabat sahabat yang baik.
sahabat sahabat yang sering mengingatkan aku untuk dekat dengan Mu..

Alhamdulillah.
Pasakkan hati aku
kekalkan hati aku pada
tali dan agama suciMU

Terima Kasih ALLAH
ALHAMDULILLAH

-Aku insan yang serba kekurangan-
Masih mencari ilmu
Masih Belajar dan akan terus belajar


Wednesday, October 8, 2014

Braces oh Braces





"Tiap sesuatu ada hikmah"
saja aku mula kan kata2 ni untuk entry kali ini.. macam nada kecewa.. bukan macam tapi memang kecewa.
Niat nak pakai braces dah lama. cuma dalam bulan ni aku "merajinkan" diri mencari info dan segala mcm pasal braces a.k.a pendakap gigi ni.

Nak dipendekkan cerita aku tak boleh pakai braces. itu yang doktor cakap. aku macam kecewa.. eh bkn mcm memang kecewa gila..gila..

nak tahu tak doktor kata apa.. dia kata lidah aku besar.. teknik aku telan air liur salah.. emmmm...

lagi la bekerut dahi aku..
salah telan air liur?? tp alhamdulillah la selama aku telan air liur ni tak ada lah tercekik pulak... hihihi

tah la.. itu yg doktor cakap dgn aku. malas aku nak peningkan kepala nak fikir. kalau xboleh.. xkan aku nak desak dia pulak...
lagi satu.. yg lagi la bekerut dahi aku pandang doktor ni bila dia kata cara atasi masalah gigi jarang aku ni dengan "potong lidah"
serius...aku gelak masa dgr doc cakap macam tu..
kalau u olls apa reaksinya?

memang hilang akal kalau aku duduk lama2 kat citu..
potong lidah?
nak wat sup lidah ke.. hahaha
tahu la baru 3 ari lepas raya korabn. jangan nak wat pasai..

apapun tak apalah aku fikir positif je.. ada hikmah disebaliknya..
time to say GUD BYE to BRACES..
umpama mimpi dalam mimpi je..

thanks byk2 sahabat dlm group whatsapp group "gigi besi"
yg byk share segala macam info n pengalaman u olls.. group kat fb.. korang memang terbaik..
frendly..
ingat lg kata sorg sahabat dlm group ni katanya " xpe awk satu ari kalau awak kawin.. awak akn jumpa org yg akan terima awak seadanya awk. tanpa awak perlu ubah diri awak...

thanks a lot frendz..
apapun nak pesan pada yg nk pakai braces tu 1st betulkan niat ye..
jgn buat krn org lain..niat utk diri sendiri..
dan 2nd yang penting pastikan dpt izin parents ye..
terutama mak kita..sbb apa saya ckp mcm ni..sbb mak sy mmg tak bagi saya pakai braces ni.. sy yang degil.  kan tak dapat pakai..hahahak.. padan muka aku kan...

ada sebab mak tak bagi pakai. mak mana yang nak tengok anak dia sakit kan.. kadang2 mak sanggup tak makan janji anak makan.. so pada sapa2 yang nak pakai tu fikir masak2.. memang pakai braces ni tak de pantang. tp dari group ni kebanyakkn nye akan pantang makan. demi gigi..
so, fikir masak2.
aku tak kata tak boleh.. nak kata yer pun tidak. duit kome..gigi kome.. suka ati kome lah..!!!!

hihihi..
tak marah ..nasihat.. ;)

sejarah hidup aku. Ingat BRACES ingat POTONG LIDAH..

BRACES...oh ....BRACES
aku hanya boleh mimpi je.


nota dari:
Gigi Asli bkn gigi besi



Monday, October 6, 2014

Salam AidilAdha- " Tetamu Allah"


Assalamualaikum..
Selamat hari raya AidilAdha..

Takbir Raya mula bergema
memecahkan kedinginan pagi
Tiada yang paling gembira
Bila mendapat seruan haji
........
Ya Allah.
Aku ingin menjadi "tetamuMU"
memijak tanah suci
aku Ingin
Aku ingin
ada kah kesempatan untuk aku
......
Ya Allah,
Murah kan rezeki aku
Permudahkan urusan aku
Ya Allah
Jika aku tidak berkesempatan dan belum layak untuk menjadi tetamuMU
kau bagilah aku peluang
kau bagilah aku kesempatan
untuk memudahkan urusan kedua orang tuaku
bantulah aku
untuk membawa mereka ke sana
untuk menjadi "tetamuMU"
permudahkan urusan aku
Ya Allah
Aku akan berusaha
agar kedua ibu bapaku
dapat menjejakkan kaki
ke rumahmu tempat suci
Baitullah..
Aku berusaha dengan dayaku
aku mengharap dengan REDHaMU
Permudahkan Ya Allah
Permudahkan
hanya kau Maha Mengetahui
Hanya Kau yang lebih
Mengerti

**Doakan semoga impian aku untuk membantu kedua orang tuaku agar dapat mengerjakan umrah dan seterusnya mengerjakan ibadah haji terlaksana.
** Menjadi Tetamu Allah
Impian paling besar dalam hidup aku.
Doakan..Doakan
InshaAllah.
Dengan IzinNYA
Dengan RedhaNya
Amin..Ya Rabbal Alamin

Belajar untuk memberi walaupun tiada

.................................................... .............................. Saat orang yang kamu sayang mahukan...